


PTPL memberi penekanan kepada penawaran kursus berkualiti serta mengutamakan kecemerlangan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran yang diamalkan. PTPL berkeyakinan bahawa kursus yang ditawarkan dapat membantu meningkatkan lagi penjanaan modal insan berkualiti yang diperlukan negara.
Fokus terhadap kursus pengajian kritikal serta berlandaskan keperluan industri adalah penting dalam pembentukan graduan cemerlang. Kursus-kursus ini ditawarkan melalui sepuluh cawangan PTPL yang terdapat di seluruh negara. Penekanan yang diberikan di dalam bidang Sains Kesihatan, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Sains Maklumat, Hospitaliti, Seni Kulinari dan Pengajian Profesional dimantapkan lagi dengan gabungan unik akademik dan trend kontemporari.
No comments:
Post a Comment